Mishal Diri
Pemilik Blog!

Navigation : Hover the image



Entries About Linkies Stuff

Assalamualaikum saya Radhiah ^_^ selamat berkunjung ke blog saya :D.


Tagboard!



Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Noor Zaironna Jaihan
Others:   


Kompetensi Kecerdasan Emosi


                     
MAKSUD KONSEP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
             Manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T yang sempurna dan yang membezakannya dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini adalah pengurniaan akal dan fikiran yang baik. Melalui akal fikiran inilah, berkembangnya emosi manusia seiring dengan peredaran masa. Perasaan dan emosi seperti sedih ,ketawa ,takut mencorakkan warna kehidupan ,membentuk sikap dan personaliti seseorang. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang bermaksud “untuk keluar”. Maka untukitu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.

                           
 MODEL KECERDASAN EMOSI (GOLEMAN)
                Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketikan berhubung dengan orang lain. Definisi yang diberikan oleh Goleman cuba menerangkan kebolehan-kebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ. Dalam menerangkan konsep kecerdasan emosi, Goleman (1995) membahagikan kecerdasan emosi kepada lima komponen utama iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi dan dua komponen berbentuk kompetensi sosial.
                 Lima komponen tersebut adalah mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri sendiri,mengenal emosi orang lain dan membina hubungan. Komponen pertama iaitu mengenali emosi diri sendiri bertujuan agar seseorang itu dapat merasai apakah keadaan emosinya pada waktu itu berupaya untuk membuat keputusan yang rasional, mempunyai penilaian yang realistik serta mempunyai 3 keyakinan diri sendiri yang kukuh.Komponen kedua ialah kebolehan mengatur emosi serta keupayaan menangani kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan lebih terkawal.Bagi Goleman, mereka yang cerdas emosinya dapat mengendalikan emosi diri sendiri dan dengan dapat menggiatkan lagi kehidupan dalam mencapai matlamat hidup, lebih berhemah dan dapat mengawal sesuatu keinginan yang mendesak.Komponen ketiga ialah berkaitan dengan keupayaan untuk menggerakkan dan mendorong diri sendiri untuk bertindak atau disebut sebagai motivasi.
                Empat dimensi utama yang dikenal pasti adalah kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial dan kemahiran sosial. Dimensi pertama iaitu kesedaran kendiri merangkumi pengukuran terhadap kesedaran emosi kendiri, ketepatan penilaian kendiri dan keyakinan. Seterusnya, dimensi kedua berkaitan dengan pengurusan kendiri iaitu mengandungi kawalan kendiri, amanah, berhemah, penyesuaian, orientasi pencapaian dan inisiatif. Dimensi ketiga pula berkaitan dengan kesedaran sosial,memasukkan empati, kesedaran organisasi dan orientasi perkhidmatan. Dimensi terakhir ialah kemahiran sosial iaitu kebolehan bekerjasama dan berkumpulan, membantu rakan,kepimpinan, pengaruh, komunikasi, pemangkin perubahan, pengurusan konflik dan menjalinkan hubungan.
                 Secara keseluruhannya, Goleman juga percaya model kecerdasan emosi yangdiutarakannya merupakan satu model psikologi yang positif kerana ia dapat membantu menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan seharian. Model tersebut juga menjanjikan satu agenda sainstifik kerana berupaya mengkaji spektrum mekanisme psikologiyang lebih luas dalam kehidupan, pekerjaan, kekeluargaan dan masyarakat.