Mishal Diri
Pemilik Blog!

Navigation : Hover the image



Entries About Linkies Stuff

Assalamualaikum saya Radhiah ^_^ selamat berkunjung ke blog saya :D.


Tagboard!



Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Noor Zaironna Jaihan
Others:   


RENCANA MULTIPLE INTELLIGENT



                                                 RENCANA MULTIPLE INTELLIGENCE        
               
           
                'Multiple Intelligence' merujuk kepada kepelbagaian kepandaian. Pelajar-pelajar adalah berbeza antara satu sama lain dari segi kemahiran, kepandaian, kecerdasan, tingkah laku dan sebagainya. Teori pembelajaran 'Multiple Intelligence' telah diperkenalkan oleh Howard Gadner(1983) di dalam bukunya berjudul ' Frames of Mind' Teori ini telah membuka mata para akademik dan mulai memikirkan bahawa kecerdasan akal sebagai satu set dari kepelbagaian kebolehan dan kemahiran. Ini membantu seseorang individu faham, memeriksa dan respon kepada bayak perkara yang berbeza dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah. Terdapat 8 jenis kecerdasan yang mungkin ada pada individu-individu iaitu  anggota badan/kinetik,interpersonal,intrapersonal,logikal/matematikal,muzikal/rentak,verbal/linguistic, semula jadi,dan visual/spartial.
                Antara 8 jenis kecerdasan, yang pertama ialah Anggota badan /kinetik(Bodily/Kinesthetic). Kecerdasan in berkebolehan  untuk mengawal pergerakan tubuh dan mempunyai kemahiran memegang objek. Individu ini mengambarkan diri mereka melalui pergerakan. Ia juga  mempunyai daya imbangan yang baik dan koordinasi mata dan tangan yang baik. (misalnya bermain bola, imbang diri atas palang). Di samping itu, ia juga merupakan salah satu anggota badan untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu. Melalui interaksi dengan rauang persekitaran, mereka mampu untuk mengingat dan memproses maklumat. Kemahiran individu ini termasuk menari, koordinasi fizikal, sukan, menggunakan bahasa tubuh, kraf, berlakon, menggunakan tangan untuk mencipta, membina dan menunjukkan emosi melalui tubuh.

                Selain itu, kecerdasan yang kedua ialah Visual/Spatial..  Kecerdasan spasial, merupakan kecerdasan seseorang yang berdasar pada kemampuan menangkap informasi visual atau spasial, mentransformasidan meodifikasinya, dan membentuk kembali gambaran visual tanpa stimulus fisik yang asli. Kecerdasan ini tidak tergantung sensasi visual. Kemampuan  adalah kemampuan untuk membentuk gambaran tiga dimensi dan untuk menggerakkan atau memutar gambaran tersebut. Individu yang dominan memiliki kecerdasan tersebut cenderung berfikir dalam pola-pola yang berbentuk gambar. Mereka sangat menyukai bentuk-bentuk peta,  gambar, video ataupun filem sebagai media yang efektif dalam berbagai kegiatan hidup sehari-hari. Kebolehan individu ini termasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.


                Akhir sekali, kecerdasan intrapersonal, tergantung pada proses dasar yang memungkinkan individu untuk mengklasifikasikan dengan tepat perasaan-perasaan mereka, misalnya membezakan sakit dan senang dan bertingkah laku baik sesuai pembezaan tersebut. Kecerdasan ini memungkinkan individu untuk membangun model mental mereka yang betul, dan menggambarkan beberapa model untuk membuat keputusan yang baik dalam hidup mereka. Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.