Mishal Diri
Pemilik Blog!

Navigation : Hover the image



Entries About Linkies Stuff

Assalamualaikum saya Radhiah ^_^ selamat berkunjung ke blog saya :D.


Tagboard!



Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Noor Zaironna Jaihan
Others:   


Analisis Watak dan Perwatakan



WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama
watak utama ialah isteri, suami dan anak..
PENGORBANAN
Seorang isteri sanggup mengorbankan nyawanya demi kesetiaannya kepada suaminya. Sebagai contoh dia sanggup melahirkan anak yang dikandung walaupun tidak cukup bulan supaya suaminya yang tenat dapat mendakap anak mereka.
KASIH SAYANG
suaminya amat menyayangi ibu dan anaknya. sebagai contoh, ayahnya menyuruh anaknya menjaga dan menyayangi ibunya kerana ayahnya teramat menyayangi ibunya.
KESETIAAN
Isteri yang sanggup menunggu suaminya yang tenat walaupun dia masih dalam keadaan kesakitan apabila beberapa jam kemudian dia baru sahaja   melahirkan anak.
PANDAI MENGAWAL EMOSI
Isteri yang pandai mengawal emosinya. Dia sanggup mengawal emosinya walaupun mengetahui suaminya bakal meninggalkan dia serta anak yang baru dilahirkan. 


Sentuhan Terakhir


Kompetensi Kecerdasan Emosi


                     
MAKSUD KONSEP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
             Manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T yang sempurna dan yang membezakannya dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini adalah pengurniaan akal dan fikiran yang baik. Melalui akal fikiran inilah, berkembangnya emosi manusia seiring dengan peredaran masa. Perasaan dan emosi seperti sedih ,ketawa ,takut mencorakkan warna kehidupan ,membentuk sikap dan personaliti seseorang. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang bermaksud “untuk keluar”. Maka untukitu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.

                           
 MODEL KECERDASAN EMOSI (GOLEMAN)
                Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketikan berhubung dengan orang lain. Definisi yang diberikan oleh Goleman cuba menerangkan kebolehan-kebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ. Dalam menerangkan konsep kecerdasan emosi, Goleman (1995) membahagikan kecerdasan emosi kepada lima komponen utama iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi dan dua komponen berbentuk kompetensi sosial.
                 Lima komponen tersebut adalah mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri sendiri,mengenal emosi orang lain dan membina hubungan. Komponen pertama iaitu mengenali emosi diri sendiri bertujuan agar seseorang itu dapat merasai apakah keadaan emosinya pada waktu itu berupaya untuk membuat keputusan yang rasional, mempunyai penilaian yang realistik serta mempunyai 3 keyakinan diri sendiri yang kukuh.Komponen kedua ialah kebolehan mengatur emosi serta keupayaan menangani kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan lebih terkawal.Bagi Goleman, mereka yang cerdas emosinya dapat mengendalikan emosi diri sendiri dan dengan dapat menggiatkan lagi kehidupan dalam mencapai matlamat hidup, lebih berhemah dan dapat mengawal sesuatu keinginan yang mendesak.Komponen ketiga ialah berkaitan dengan keupayaan untuk menggerakkan dan mendorong diri sendiri untuk bertindak atau disebut sebagai motivasi.
                Empat dimensi utama yang dikenal pasti adalah kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial dan kemahiran sosial. Dimensi pertama iaitu kesedaran kendiri merangkumi pengukuran terhadap kesedaran emosi kendiri, ketepatan penilaian kendiri dan keyakinan. Seterusnya, dimensi kedua berkaitan dengan pengurusan kendiri iaitu mengandungi kawalan kendiri, amanah, berhemah, penyesuaian, orientasi pencapaian dan inisiatif. Dimensi ketiga pula berkaitan dengan kesedaran sosial,memasukkan empati, kesedaran organisasi dan orientasi perkhidmatan. Dimensi terakhir ialah kemahiran sosial iaitu kebolehan bekerjasama dan berkumpulan, membantu rakan,kepimpinan, pengaruh, komunikasi, pemangkin perubahan, pengurusan konflik dan menjalinkan hubungan.
                 Secara keseluruhannya, Goleman juga percaya model kecerdasan emosi yangdiutarakannya merupakan satu model psikologi yang positif kerana ia dapat membantu menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan seharian. Model tersebut juga menjanjikan satu agenda sainstifik kerana berupaya mengkaji spektrum mekanisme psikologiyang lebih luas dalam kehidupan, pekerjaan, kekeluargaan dan masyarakat.

RENCANA MULTIPLE INTELLIGENT



                                                 RENCANA MULTIPLE INTELLIGENCE        
               
           
                'Multiple Intelligence' merujuk kepada kepelbagaian kepandaian. Pelajar-pelajar adalah berbeza antara satu sama lain dari segi kemahiran, kepandaian, kecerdasan, tingkah laku dan sebagainya. Teori pembelajaran 'Multiple Intelligence' telah diperkenalkan oleh Howard Gadner(1983) di dalam bukunya berjudul ' Frames of Mind' Teori ini telah membuka mata para akademik dan mulai memikirkan bahawa kecerdasan akal sebagai satu set dari kepelbagaian kebolehan dan kemahiran. Ini membantu seseorang individu faham, memeriksa dan respon kepada bayak perkara yang berbeza dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah. Terdapat 8 jenis kecerdasan yang mungkin ada pada individu-individu iaitu  anggota badan/kinetik,interpersonal,intrapersonal,logikal/matematikal,muzikal/rentak,verbal/linguistic, semula jadi,dan visual/spartial.
                Antara 8 jenis kecerdasan, yang pertama ialah Anggota badan /kinetik(Bodily/Kinesthetic). Kecerdasan in berkebolehan  untuk mengawal pergerakan tubuh dan mempunyai kemahiran memegang objek. Individu ini mengambarkan diri mereka melalui pergerakan. Ia juga  mempunyai daya imbangan yang baik dan koordinasi mata dan tangan yang baik. (misalnya bermain bola, imbang diri atas palang). Di samping itu, ia juga merupakan salah satu anggota badan untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu. Melalui interaksi dengan rauang persekitaran, mereka mampu untuk mengingat dan memproses maklumat. Kemahiran individu ini termasuk menari, koordinasi fizikal, sukan, menggunakan bahasa tubuh, kraf, berlakon, menggunakan tangan untuk mencipta, membina dan menunjukkan emosi melalui tubuh.

                Selain itu, kecerdasan yang kedua ialah Visual/Spatial..  Kecerdasan spasial, merupakan kecerdasan seseorang yang berdasar pada kemampuan menangkap informasi visual atau spasial, mentransformasidan meodifikasinya, dan membentuk kembali gambaran visual tanpa stimulus fisik yang asli. Kecerdasan ini tidak tergantung sensasi visual. Kemampuan  adalah kemampuan untuk membentuk gambaran tiga dimensi dan untuk menggerakkan atau memutar gambaran tersebut. Individu yang dominan memiliki kecerdasan tersebut cenderung berfikir dalam pola-pola yang berbentuk gambar. Mereka sangat menyukai bentuk-bentuk peta,  gambar, video ataupun filem sebagai media yang efektif dalam berbagai kegiatan hidup sehari-hari. Kebolehan individu ini termasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.


                Akhir sekali, kecerdasan intrapersonal, tergantung pada proses dasar yang memungkinkan individu untuk mengklasifikasikan dengan tepat perasaan-perasaan mereka, misalnya membezakan sakit dan senang dan bertingkah laku baik sesuai pembezaan tersebut. Kecerdasan ini memungkinkan individu untuk membangun model mental mereka yang betul, dan menggambarkan beberapa model untuk membuat keputusan yang baik dalam hidup mereka. Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.







Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa .Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.
Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang berakhlak mulia dan telah menepati kata-kata itu.

SISIPAN PENGUBAT LUKA













gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. setiap mata yang tertutup belum beerti tertidur. setiap mata yang terbuka belum beerty melihat.